Pages

Tuesday, July 19, 2011

Anak-anak adalah penyeri hidup. Bila kita ada anak, walau seorang pun kita rasa seronok sangat. Seolah-olahnya kalau seumur hidup pun kita x punya apa-apa, kita dah puashati kerana ada seorang anak. Apa lagi kalau ada 2,3,4 atau ramai lagi anak. Kenapa ya?

Bila kita ada anak, masa kita bangun pagi, bila kita tersedar je terus kita fikir nak buat apa. Walaupun rutinnya dah setiap hari kita lalui, dengan spontan kita tetap berfikir sesuatu yang berkaitan dengan anak2. Hakikatnya kita tak perlu fikir pun. Hari-hari pun kita buat benda yang sama. Tapi kita nak fikirkannya juga lagi. Kerana kita mahu apa yang kita buat hari ini lebih baik dari semalam....untuk anak2.

Betapa sayangnya seorang ibu kepada anak-anak. Bila ingatkan anak-anak terus saja ada satu perasaan halus menyelinap masuk dalam hati, meresap sejuk dalam diri, bersebati dengan tubuh dan roh. Dan kita jadi tenang dan damai.

Sebab itulah bila kadang kala, anak-anak semakin membesar, bila dah mula berbuat perkara-perkara yang kita tidak suka, hati kita akan sangat tersentuh. Apa yang kita biasanya suruh dan larang itu adalah untuk kebaikan mereka. Kita mahu mereka tahu baik dan buruk. Kita mahu mereka berbuat yang baik-baik saja kerana kita x mahu mereka tersalah langkah. Kita mahu mereka lalui jalan yang betul kerana kita tak mahu mereka terluka. Kita ajarkan dan pesan pada mereka supaya mereka cukup pengetahuan dan tahu apa yang patut dan tak patut untuk dibuat. Kita suruh dan pastikan mereka belajar dengan selesa kerana mahu mereka senang di masa depan. Kita suruh dan pastikan mereka belajar ilmu agama kerana mahu mereka tahu hukum. Buat apa yang Allah suruh supaya Allah sayang, jauhi perkara2 yang Allah larang supaya Allah tak murka, selamat dunia akhirat.

Tapi....memaglah kita juga x boleh selalu mengharapkan yang terbaik daripada mereka kerana mereka juga diduga. Dugaaan hari ini jauh lebih hebat daripada apa yang ada di zaman kita dulu. Itu kita tau juga sebab itu kita banyak berpesan pada mereka. Tapi kadang kala mereka tetap lalai juga. Itu pun kita faham. Tapi kita bukan minta banyak pun. Hakikatnya mereka boleh hidup dengan cara mereka, tapi pastikan mereka tidak melampaui pesanan kita tentang hukum, adat, dan tatsusila masyarakat. Hidup lah sebaiknya seperti orang2 lain juga. Bukan kita mahu mereka jadi orang luarbiasa yang hebat dan smpurna segalanya.

"Anak-anak mak, mak tak minta banyak. Hidup lah sebagaimana orang lain juga. Sembahyang lah bila sampai waktu. Doakanlah sepatah untuk mak dan ayah. Jagalah aurat dengan sebaik2nya. Pastikan tudung kita, pakaian kita mengikut garis panduan yang sepatutnya. Janganlah menutup aurat hanya kerana mak suruh, atau kerana orang lain. Carilah ilmu supaya apa2 pun yang kamu lakukan berlandaskan hukum yang benar. Jangan jadi rugi kerana berbuat sesuatu dengan percuma tanpa mendapat pahala kerana kekurangan ilmu. Sebab itu belajar untuk dunia penting, untuk akhirat pun penting juga. Kedua2 nya mesti seiring, jangan tinggal mana2 satu pun.

Belajar lah dengan baik dan niatkanlah kerana Allah. Belajarlah bersungguh2 kerana mak nak semuanya berjaya dan hidup senang di masa depan. Kerja lah dengan amanah kerana rezeki yang berkat itu penting. Jagalah tanggungjawab kamu bila kamu sudah mengambil apa-apa tanggungjawab dalam hidup. Kerana kamu akan dipersoalkan semuanya nanti di akhirat.

Anak-anak mak....kalau suatu hari semuanya telah ada kehidupan masing2, dah ada keluarga, dan semua yang mak pesan di atas dapat dilaksanakn dengan baik, tak ada apa lagi mak terkilan. Kalau mak mati pun, mak akan pergi dengan tenang. Mak tak harapkan apa2 yang lain lagi. Jika semua harta mak telah mak habiskan untuk membesarkan anak-anak mak, dan mak tak punya apa2 lagi, mak tetap puashati. Mak tak harapkan apa-apa balasan, harta atau wang ringgit. Cukup lah kalau mak dapat hidup dan mati dengan tenang bila anak-anak mak dah laksanakan semua yang mak harapkan. Hanya ketenangan itu yang mak minta......insyaallah"


20 Julai 2011
Hanya Mak.......

1 comment:

  1. sdeh..huhhu.sy teringin naak bace mak sy tulis cani.huhu.iluvmymum*

    ReplyDelete