Pages

Sunday, July 10, 2011

Maafkan mak!!

Achik malam ni senyap je. Skali skala dia pandang ke mak....mcm ade benda x puashati. Kadang2 macm sedih, merajuk. X tau lah ape ade dalam kepala dia. Mungkin jugak kecik ati ke mak. Dalam ramai2 dia yang selalu kena marah. Slalu sangat buat benda yang bukan2. Dah marah pun buat lagi. Tapi ati dia lembut. Kalu kena marah mudah nak sedih, kadang2 mintak maaf ngan mak. Kadang2 depan2, kadang post someting dekat wall fb mak.

Ari tu Alang, lepas mak tegur dia, dia duk senyap je. Bergolek atas kerusi, tapi muka tutup. Mak tau dia nangis. Kesian pulak tengok gtu. Asyik nak komen pasal achik je. Seba x kena. Achik kata ke alang, alang kata ke achik. Hati dua2 pun x pnah elok. Mak jadi pening.

Memanglah ....mak pun kebelakangan ni selalu marah2. Achik n alang memang lah selalu kena marah. Kadang2 Amir pon kena jugak. Cma kakteh je jarang kena. Bila mak duk sorang2 mak pan jadi sedih sebab mak buat anak2 mak sedih. kadang2 kalau mak marah mak pun x tau sape betul, sape salah. Kadang2 mak mungkin marah orang yang x salah. Kadang2 mak pening, x tau nak kate sape betul sape salah. Sebab tu kadang2 secara x sengaja mak marah dan menyakitkan orang yang x salah. Entah lah kenapa mak jadi pening gitu. Banyak sangat menda dalam kepala.

Mak rasa mak xleh terus marah2. Mak akan jadi mak yang teruk di mata anak2. Mak xnak jadi orang yang teruk walau di mata sape2 pun. mak nak cuba kawal supaya x marah2. Sebab tu baru2 ni masa akak buat rosak skrin laptop abang mak x kate ape. Mak x nak marah sebab mak pun x pasti ape yang berlaku. Kenape akak mengamuk macam tu, sepak semua sampai kena abes laptop abang. Akak x penah mengamuk macam tu, tentu ade sebab. Walaupun mak tau akak mengamuk sebab acik bust bising, tapi mak x pasti siapa yang betul2 salah. Mak x nak lagi tuduh orang kalu mak x pasti.

Xpelah...insyaallah mak akan cuba lebih tenang dan x marah2 lagi. Walau apa benda yang ade dalam kepala mak ni, mak x patut lepaskan pada anak2. Walau apa pun yang ade dalam kepala mak ni mak patut boleh lebih sabar dan bertindak dengan lebih hikmah. Itulah yang Allah suruh. Kalau itu mak boleh buat, mak lah juga yang akan bahagia kerana mampu melawan apa yang x baik dalam diri mak ni. Harap anak2 mak dapat lebih memahami mak dan dengar lah apa2 yang mak pesan, ajar dan suruh. Jangan lah buat apa yang mak kata x boleh buat, larang dan tegur. Semoga keluarga kita akan jadi sebuah keluarga bahagia, saling menghormati, menyayangi dan bertimbangrasa sesama kita. Mak sentiasa doakan anak2 mak jadi anak2 yang soleh dan solehah......

Jangan lupa.....MAK SAYANG SEMUA ANAK MAK......

No comments:

Post a Comment