Pages

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan 2011




Esok tarikh untuk tengok anak bulan. Insyaallah lusa puasa - 1 Ogos 2011. Tadi Saba bagitau ada orang tempah lagi 50 biji tat nenas, stakat ni dah 400 biji. Hmm.... nampak gayanya sungguh2an pulak buat kuih tahun ni. Mujur jait baju x banyak. Dalam keadaan yang tak berapa stabil sekarang, rasanya buat kuih relak sket. Kalu menjait banyak mungkin rasa stress sket.

Dah...kna buat strategi kuih pulak lah jawabnya. Mula2 kena buat tat dulu. Rasanya malam2 kalu ok, rasa sihat, nak buat kuih, stat sikit2. Siang, pagi2 boleh menjait, badan masih segar lagi. Tengahari stop sekejap, amik anak sekolah. Oohh....... dapat pulak assignment amik n antar anak jiran lama pegi sekolah. Dah orang mintak tolong, ksian pulak. Kalu x tolong, balik sekolah jalan kaki. Nuh jauh nu...sekolah kat Panji Alam, duk kat Mngabang Tengah. Mane lah larat bulan puasa nak jalan kaki. Xpelah ari ni kita tolong orang, bila2 kita nak mintak tolong orang pulak. Kalu orang x mintak tolong, kita pun bukan jenis yang rajin sangat. So, dah orang mintak tolong boleh lah buat pahala sket. Dapat jugak duit minyak....hehehe....

X taulah larat tak nak buat belaka. Semoga Allah bagi keafiatan sepanjang bulan Ramadhan ni. Oh ya ingat nak tambah amalan.....umur dah makin tua. Amal ibadat asyik macam tu jugak. Hmm... kna adjust sket ni. Malam kena buat jugak ikut2 mana pun. Lewat sket buat kuih xpe....tido dalam kul 12 ke. Pas kul 4 bangun sahur. OK ah tu.... Biasa bangun masak pagi sebab nak masak lauk sahur dulu. Hmm...kalu lauk dah ade boleh bangun lewat sket 4.30 ke. Atau bangun kul 4 jugak buat solat sunat dulu sekejap. Makna lauk sahur kena masak petang, masa masak berbuka. Biasa masuk dapur lepas asar, dalam kul 5. Aahh...... masak simple2 je, janji lazat....Tengok ah harap2 dapat buat.

Hish...larat ke nih. Padat je rasa. Xpe tengok dlu macam mane. Cuba buat dulu. Kena buat keja stail relak, xleh buat gaduh2. Minda pun kna bagi relak....jangan fikir yang serabut2, lupakan dulu. Kalu ikut nak serabut, banyak benda nak serabut. Buang tepi dulu untuk sebulan nih. Buat keja satu2, ikut mampu. Pikir pun satu2..... Ya Allah...berilah keafiatan kepadaku, berilah kekuatan kepadaku, mudahkanlah dan ringankanlah bagiku untuk beribadat kepadamu. Ikhlaskan lah amal kuk hanya kerana mu. Berkatilah segala perbuatan ku dengan hadhirnya bulan Ramadhan yang mulia ini. Ya Allah aku mencari kebahagiaan dan ketenangan untuk diri ku dan keluargaku dan aku memohon perkenan mu. Ya Allah perkenankanlah permintaan ku.......amin amin ya Rabbal alamin.....



30 Julai 2011
7.33pm

No comments:

Post a Comment