Pages

Sunday, July 17, 2011



Memanglah hidup penuh dugaan. Allah bagi dugaan...nak tengok samada kita ni hamba nya yang bagaimana selepas di duga. Adakah kita akan terima dan redha, Adakah kita akan terima tapi masih merungut. Adakah kita langsung x dapat terima kerana selama ni hidup kita tiada masalah dan baik2 saja.....

Saya pun hamba Allah. Saya pun diduga. Lepas satu, satu....Tapi saya biasa dengar orang berkata, hamba yang diduga adalah hamba yang disayangi Allah. Allah duga kita kerana Allah nak bagi kita pahala. Semuanya terletak pada kita. Kalau kita mampu mengatasinya, dan menerimanya dengan redha, kita dapat pahala. Kalau kita rasa marah, x puashati, mempersoalkan keadaan; apa, knape atau bagaimana, x taulah apa yang tinggal untuk kita. Sudahlah sakit, rugi lagi kerana x dapat pahala.

Saya tau. Saya ingat. Tapi bila dugaan itu datang, adakah saya bersedia? Macam mana saya nak bersedia kalau dugaan itu datang? Saya mestilah kuat. Tapi kita bukan boleh tiba2 kuat. Kita bukan selalunya kuat. Keadaan x selalunya sama. Dugaan kadang2 kecik, kadang2 ya Allah hebatnya! Tapi, walaubagaimana besar pun dugaannya, sekali2 saya tak rela kalah dengan dugaan itu. Kalah maknanya saya telah kalah pada bisikan iblis dan syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk membuatkan saya lalai dari redha dan terima dengan dugaan Allah. Setelah berpuluh2 tahun saya berusaha mencukupkan diri saya dengan iman dan amal (smpai sekarang pun masih tak cukup2) adakah saya akan mensia2kannya begitu sahaja. Adakah dengan sekelip mata saya jadi hamba yang berdosa? Saya tak rela! Yang saya ada pun tak banyak, tak tau sebanyak mana lagi yang saya mampu kumpul di hujung usia ini.

Macam mana nak jadi seorang yang kuat? Saya orang Islam, Islam itu hebat. Tentu ada caranya. Saya pernah dengar, senjata seorang Muslim adalah solat. Dengan solat kita akan jadi sekuat2 makhluk. Semasa solat lah kita paling hampir dengan Allah, bergantung kepada kekhusyukan, keikhlasan dan tumpuan kita semasa solat. Semasa solat kita akan berdoa. Kita boleh minta apa saja. Allah telah menyuruh kita berdoa dan meminta apa saja kerana Allah akan memakbulkannya. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Hatta orang kafir yang teraniaya pun akan dimakbulkan doanya, kerana mereka juga hamba Allah, Allah yang ciptakan mereka. Walaupun mereka derhaka. Inikan pula kita orang Islam. Mintalah apa saja.....kekuatan, kesenangan, umur yang panjang, kesejahteraan, kesihatan....apa2 saja.

Jadi selepas begitu banyak dugaan yang saya lalui, hampir tak tertanggung dek kepala saya ni kadang2.....saya seolah baru tersedar, saya perlu kembali kepada Allah. Bukannya selama ini saya hamba yang derhaka. Bukannya selama ini saya hamba yang tidak solat, tapi solat saya hanya kerana ianya wajib sahaja. Kerana sibuk dengan urusan harian yang tak pernah habis, solat saya sangat dhaif. Tidak pernah meletakkan solat sebagai ajenda no 1 dalam rutin harian. Kadang2 di awal waktu, tapi kerapnya setelah agak lewat. Kadang2 hampir dihujung waktu. Betapa teruknya saya. Berdoa pula, hampir tak pernah. Bila ada masalah, susah hati, dah tak de hati nak buat benda lain, barulah doa saya lama dan panjang.

Betul lah apa orang kata, Allah duga kita kerana Dia sayang kat kita. Dengan dugaan2 itulah saya tersedar. Dengan dugaan2 itulah saya sedar banyak tanggungjawab kepada Allah saya lupakan sebagai hamba. Dengan dugaan itulah saya baru mula mendekatkan diri dengan Allah. Dengan dugaan itulah saya sedikit demi sedikit menambah amalan saya dan mencari2 lagi pengisian untuk jiwa saya...sesuatu yang telah lama saya tinggalkan. Sedikit demi sedikit jiwa dan roh saya menjadi kuat, hidup saya kembali tenang. Dugaaan sentiasa melingkari kehidupan saya. Bukanlah dugaan yang besar2 sangat, tapi cukuplah untuk menjadi duri di hati saya. Menghiris2 pilu jantung dan hati saya.....tapi saya tak lemah lagi. Alhamdulillah.

Itulah kekuatan yang saya cari2. Itulah kekuatan orang Islam yang patut ade pada semua orang Islam. Supaya apa saja dugaan yang datang kita masih kuat. Supaya apa saja dugaan yang datang kita tak kalah dan membuat keputusan2 yang merugikan diri kita. Menjadikan kita hamba yang derhaka, kalah kepada hasutan iblis dan syaitan dan membuat keputusan yang menghumbankan kita kepada kemurkaan Allah. Layakkah lagi kita hidup di bumi Allah ini bila kita dah derhaka kepada Nya? Layakkah lagi kita untuk menarik nafas walau untuk sekali lagi bila kita dah membuat Allah murka.....Nauzubillah hi mmin zalik.....

Perjuangan saya belum berakhir. Selagi ade hayat, perjuangan ini mesti diteruskan. Kerana saya mahu jadi hamba yang kuat. Saya mahu jadi hamba nyang disayangi Allah. Saya mahu jadi contoh terbaik untuk anak2 saya. Saya perlu lebih berusaha kerana saya masih terlalu lemah. Di hujung usia ini perjalanan ini baru bermula. Saya sudah amat terlewat tapi saya akan terus berusaha kerana saya yakin akan kasih sayang Allah. Sebanyak mana pun kelalaian saya selama ini saya tau dan saya harap Allah akan ampunkan saya....insyaAllah.

16 Julai 2011
10.02 am

No comments:

Post a Comment