Pages

Saturday, December 1, 2012

Hari makin suram.......

Kadangkala ....sesekali bila sepi datang.....terasa sangat diri keseorangan. Pusing kiri, pusing kanan cuma ada yang kecik2. Yang besar2 dh makin jauh. Yang dh kerja, yang sambung belajar, yang masih blaja tapi tinggal di asrama.....hmm...... buka sekolah ni 2 orang lagi akan 'dimasukkan' ke asrama. Masa cuti2 ni memanglah penuh je rumah.......tapi masih rasa x cukup.

Tapi x leh buat ape lah kn. Stiap yang hidup tentu ingin terus maju dan mencapai seberapa banyak kejayaan dalam hidup. Setiap orang tentu mahu mencabar kemampuan diri. Dan setiap cabaran disahut, setiap tawaran diterima dan setiap panggilan yang disahut......ianya akan terus membawa jauh anak2 kita , yang semakin dewasa.

Setiap sesuatu memerlukan kita berkorban. Kita minta sesuatu, kita dapat, kita akan hilang sesuatu. Kita mahu anak2 pandai, anak2 pon pandai....dan kita perlu melepaskan mereka untuk belajar ..... lagi jauh. Kita mahu anak2 kita lebih matang dan berdikari. Juga kita perlu melepaskan mereka untuk mencari seberapa banyak pengalaman hidup di luar sana. Kita mahu anak2 senang dan berjaya, mereka pon pergi ke tempat2 yang boleh membuat mereka mengumpul sebanyak mungkin rezeki...dan mereka semakin jauh dari kita.......

Lepas satu, satu anak2 kita akan pergi jauh dari kita.....dan kita jadi makin sepi. Ada yang pergi seketika dan pulang semula. Ada yang pergi lama, baru pulang. Dan mungkin ade yang pergi tapi x tau bila pulangnya. Dan hati ini bagai rasa ada duri.......menyucuk2......Hati merayu2, menanti2..... tertanya2..... bilakah akan pulqng anak ku yang itu, yang ini, yg di sana....yang di sini.....hmmm .....hati kembali sepi dan kosong lagi......

Tapi itulah hakikatnya yang kita perlu lalui. Kita harus belajar untuk menerima kerana itulah salah satu yang namanya kehidupan. Kita x boleh selamanya merasa"memiliki" mereka. Kerana hakikatnya mereka hanya pinjaman. Walau berbelas kali, berpuluh kali, beratus kali atau beribu kali mereka pernah memanggil kita sebagai ibu atau ayah hakikatnya mereka hanyalah pinjaman. Mungkin itulah salah satunya cara Allah mendidik hati kita, supaya kita mampu untuk sedikit demi sdikit melepaskan mereka dari hati kita.

Walau sayang mcm mana pon kita tetap harus belajar mlepaskan mereka suatu hari nanti. Untuk meneruskan kehidupan, untuk mencari pengalaman, untuk mencari bekalan dunia & akhirat mereka. Selesai sudah tugas kita membesarkan mereka, memberi didikan yg sebaik mungkin, semampu kita.....maka setelah itu melepaskan mereka adalah yang terbaik untuk mereka. Dan kita harap mereka akan mendapat segalanya yang terbaik untuk diri mereka.

Tapi dalam masa yang sama........hati akan kembali merasa kosong dan sepi.....apa yang tinggal hanyalah kenangan2 sedari kecil membesarkan setiap seorang......dan harapan2 untuk kembali menatap wajah seorang demi seorang.......anak2 yang ku sayang......harap2 ketika itu aku akan melalui hari2 ku dengan tenang, pasrah dan rs syukur di atas segala nikmat yg dikurniakan dalam hidupku.....semoga Allah redho dngan ku sbagai hambanya.....aminnn....   

Monday, December 5, 2011

Dan keajaiban berlaku lagi.....

Tak ku sangka, tak ku duga aku bakal melahirkan lagi. Miracle!! My 7 Miracles akan menjadi 8........Hmm....apa perasaan ku? Tidak begitu pasti. Semuanya agak tiba2 dan x terduga. Tapi rezeki tuhan kuterima dengan hati yang terbuka. Siapa tahu apa hikmah di sebaliknya.....

Pada mulanya, apabila disahkan aku berbadan dua lagi, tidak ku nafikan, fikiran agak bercelaru. Ya Allah dugaan apakah ini. Di saat masalah yang bertimpa2 melalui, mengiringi perjalanan hidup ku (masalah2 kecil) aku seolah diberi satu lagi beban. ( hakikatnya aku tidak pernah menganggap kehadiran seorang anak adalah satu beban, kerana aku sangat bahagia dengan kehadiran setiap seorang lagi anak2 ku). Sedikit demi sedikit aku memujuk hati menenangkan diri dan menerima dengan hati terbuka. Harapan semoga zuriat kali ini menjadi satu keberkatan besar di hujung usia ku. Semoga ade barokah di dalam kelahirannya.

Sehinggalah pada suatu ketika aku telah dijemput untuk satu majlis Cukur Jambul jiran lama ku yang meraikan cucunya. Di dalam majlis itu diadakan tazkirah. Di dalam tazkirah itu dikatakan bahawa seorang ibu itu, setiap kali dia melahirkan, akan terlucut segala dosa2 yang dilakukannya, segalanya akan diampunkan, dan dia akan bersih dari segala doasa ibarat sehelai kain putih tanpa secalit pon dosa. Atas pengorbannannya merasai keperitan sepanjang 9 bulan mengandungkan bayinya, kemudian melahirkan dengan menanggung kesakitan. Ibarat mempertaruhkan nyawa, nyawanya ibarat di hujung rambut. Dan kalau ibu itu mati semasa melahirkan anaknya, ibu itu tergolong di dalam orang2 yang mati syahid. Allahuakbar!! Aku seolah2 baru terjaga dan terpana seketika. Ini lah hikmahnya ya Allah. Inikah yang mahu kau kurniakan kepada hambamu yang banyak kekurangan dan banyak melakukan kesilapan ini. Maha suci Allah, sungguh besar kasih sayang mu ya Allah. Hatiku terlalu sebak, dan aku mula meyakinkan hatiku dengan janji tuhan. Sesungguhnya janji tuhan itu benar!

Sedangkan ungkapan itu telah banyak kali aku dengar sepanjang hidupku. X pernah sekali pun menyerap di hatiku, kerana aku seolah2 tidak yakin bahawa'segala dosa2 akan diampunkan' oleh kerana banyaknya dosa yang aku lakukan sepanjang hidupku.Dan bermula ketika itu aku menanam azam untuk menjaga amalan ku, memperbaiki diri ku agar lebih prihatin tentang apa2 yang aku lakukan agar tidak lagi berbuat sesuatu yang menambah dosaku. Aku yakin inilah tanda kasih sayang Allah pada hambanya. Dan apabila dia mahu mengurniakan sesuatu, hanya orang2 yang terpilih akan menerima kebaikannya. Aku tidak mahu menyia2kan peluang yang satu ini.Di hujung usia ku, aku diberi peluang lagi untuk membersihkan diri dari catatan dosa dan aku akan gunakan sebaik2nya. Walau apa pon dugaan yang perlu aku lalui, walau apa pon beban yang perlu aku tanggung, walaun apa pon usaha yang perlu aku lakukan , insyaallah aku akan lakukannya. Selagi aku diberi kesedaran dan bimbingan dari Nya.....aku akan cuba.

Kini, kandungan ku telah berusia 17mggu(4bln). Hari demi hari dapat ku rasakan, bayi ini semakin membesar. Hari demi hari, ada ketikanya aku sangat keletihan. Memanglah, di usia begini (42thn) aku tidak begitu kuat lagi. Setiap urat saraf ku akan terasa berdenyut2 bila menjelang petang selepas melakukan rutin2 harian. Kadang2 tubuh rasa macam nak demam. Dengan urusan harian yang sedia ada, ditambah dengan rutin temujanji ke klinik untuk kandungan ku, aku rasa x mampu lagi. Perbezaannya sangat terasa, jika dibandingkan keadaan semasa mengandung dahulu (ms muda) dengan sekarang. Tapi aku tahu, segalanya bukan percuma. Demi sebuah lagi kegembiraan, demi satu lagi keajaiban, segalanya xkan sia2.

Kini, dalam melaui hari2 ku, aku mahu sentiasa berfikiran terbuka dan memandang baik semuanya. Sentiasa ingat akan kebesaran Allah dan kasih sayangnya. Sepanjang hidup ku, hingga aku sampai ke tahap ni sudah terlalu banyak aku korbankan hati n perasaan ku. Telah terlalu banyak air mata ku mengalir, setelah berulang kali aku tersungkur dan bangkit semula, insyaallah xkan sekali-kali aku sia2kan walau secubit lagi kehidupan dan peluang yang Allah berikan. Aku mahu menikmati setiap saat dalam kehidupan ku dengan lebih bermakna. Dengan kasih sayang mu ya Allah, dengan bimbingan mu ya Allah.....mudahkanlah bagiku......amin

Saturday, October 22, 2011

Siapa Alang.....

Nama penuh dia Aiman Iskandar B. Mohamad Hatta. anak say yang ke-5. Mengapa saya ingin bercerita pasal dia....

Entahlah....kebelakangan ini dia makin dekat di hati. Kalau difikir2 kan, sejak lahir kewujudannya seolah2 tidak disedari. Ada tapi macam tiada. Mungkin kerana dia mempunyai adik beradik yang ramai, da dia tidak ada banyak perangai semasa kecil....jadi....dia mcm xde. Bukan saja di kalangan adik beradik, tetapi juga bila balik kampung orang jarang memperkatakan tentang dia. Achik sejak kecil memang banyak perangai. Panas baran, suka menangis, mudah buat perangai, pantang x kena di hati. Dalam sibuk2 melayan perangai achik yang x kurang2, Alang pun lahir. Dia sejak lahir kecik je, kurang menangis, x banyak masalah, jarang sakit. Membesarkan dia sangat mudah, macam abang masa kecik. Satu kelebihan dia, dia sangat comel dengan mata bulat, bulu mata lentik dan yang paling penting....rambut dia kerinting, sama mcm akak. Tapi dia lelaki.....dh muka jd mcm perempuan. Orang yang x kenal selalu kata dia perempuan.

Dia pendiam, x de perangai, biasa2 je..jadi x banyak cerita. lpas tu dia baru je nk besar, lahir pulak kakteh. Kakteh ni spesel lah sikit sebab anak perempuan ke-2. Semua orang excited, semua orang suka n seronok sangat. Muka kakteh ni ala2 cina. Sejak kecik putih melepak, cute sangat. Perempuan kan...x manis pon nampak manis. Jadi semua perhatian dah beralih ke kakteh. Alang terus tenggelam. Dan dia terus lah dengan cara dia membesar dengan baik walaupun tanpa perhatian. Kalau dari segi makan n minum pon samalah macam org lain, sikit pun x kurang. Tp dari segi keperluan dia x tidak sama dengan orang lain. Disebabkan dia kecik dan lambat membesar, baju n sluar nya jarang berganti. Yang beli dh 2 tahun pon masih boleh dipakai lagi. Sedangkan achik sekejap2 baju dah ketat, seluar dah ketat. Dengan adik bradik yang ramai, keperluan pon tentulah banyak. Jadi saya perlu sentiasa beli mana yang penting saja. Dalam mempertimbang2kan dan mencongak2 supaya semua nya sentiasa cukup, dia selalu terkeluar dari senarai. Bila saya membeli barang2 atau keprluan yang lain ada ketika dia x dapat apa2 pon. Saya akan cuba jelaskan dengan dia apa dan mengapa. Dia diam je, x penah dia merungut atau mengungkit. Sebagai ganti sy akan belikan sesuatu seperti makanan dan dimakan.....sesuatu yang sama2 boleh dinikmati oleh semua orang.

Masalah dia bermula bila dia masuk sekolah. Dia jadi malas, dan buat perangai kalau nk ke sekolah. Bermula dengan sekolah Pasti, kemudia sekolah rendah. D peringkat awal kalau dia malas, xpelah. Pelajaran semua masih senang. Walaupun dia malas, x buat keja sekolah, susah bangun tido...setiap kali keputusan ujian atau peperiksaan, dia masih boleh kumpul beberapa A dalam matapelajaran tertentu. Dari situ saya tahu dia bukanlah budak yang bodoh. Cuma bila masuk tahap 2 persekolahan (tahun4,5,6 -dia sekarang tahun5) peajarannya makin merosot. Semasa dia tahun 3 saya baru perasan dia rabun...sebab tu dia selalu x tau apa yang cikgu ajar, x tau kerja sekolah yang cikgu bagi. Selepas buat cermin mata dan diletakkan di meja depan sekali dalam kelas, pelajarannya nampak ade sedikit kemajuan, tapi x tahan lama. Saya masih x tahu kenapa.

Dalam masa yang sama di rumah dia dah mula buat perangai, selalu berkelahi dengan achik. Tidak salah dia juga sbb achik pon x melayan dia dgn baik sebagai abang. Selalu je sakit ati ngan alang. Kalu marah selalu je pukul alang, sedangkan masa tu achik tu dah makin gemok dan badan dia besar. Alang tu tetap lah kecik macam tu. Kalu ikut badan, memang x padan alang nk lawan achik, tapi itulah kelebihan dia. Rupanya dia orang yang kuat semangat dan degil jugak. Sebab tu masa kecik dia baik sangat sebab dia sentiasa tau bawa diri. Dia tak kisah tentang apa2 sebab dia ade semangat tersendiri. Masa tu lah jugak saya mula terpikir2 dan mencari sebab mengapa alang jadi degil begitu. Mungkin dia nak dapatkan perhatian. Mungkin dia dah x tahan kerana selalu x diberi perhatian. Dia x puashati. Dia nak orang sayang dia sama macam orang lain. Mungkin dia ingat selama ni orang x sayang dia. Sempatlah juga saya jadi buntu dan agak tertekan dengan sikap dia. Hari2 pon kalau tengok muka dia, geram je.....

Tapi satu ketika saya tau cara saya juga salah. mungkin memang betul saya x memberi kan hak dia yang perlu saya berikan. Saya ingat dia boleh terima begitu.Rupanya saya silap. Selama ini dia x kata apa2 tapi dia simpan dalam hati.....sama macam abang. Sejak itu lah saya mula membuka hati saya dan mencar ruang untuk saya memahami dan mendekati dia. Bila ada masa saya akan memerhati dia dari jauh. bila dia bergurau, n senyum airmukanya lembut, tutur katanya pon x kasar. Bicara nya sangat perlahan hampir saya x dengar kadang2. ada masa saya memerhati air muka dia semasa tidor. Kalau dia tertidor selepas dia berkelahi dengan acik, atau selepas saya pukul @ marah dia. Saya nampak ada sendu di muka dia, bukan dendam. Sejak itu saya pon nampak jiwa dia yang gersang kerana kurangnya perhatian. Saya pon mula buat apa yang patut. Memberi lebih perhatian pada dia, mendenga keluhan dia, membela dia kadang2 kalau dia bergaduh ngan achik. Walaubagaimanapon dalam masa yang sama semuanya saya perlu seimbangkan supaya tidak ade lagi yang perlu rasa terpinggir, saya cuba sedaya saya.

Akhir2 ini dia selalu demam, selsema. Tapi x siapa tahu. Cuma kadang dia bagitahu saya bila dia rasa x larat. Saya akan suruh dia makan ubat, kalau xde saya akan usahakan. Dia akan makan bila dia nak makan. Kadang2 dia x makan pon, tapi dia tetap pergi sekolah. Xpenah dia kata x nak g sekolah kalau sekadar demam(walaupun dia seorang yang malas sekolah). Kalau dia sakit setakat ni, jarang dia merungut. Dia cuma tidor dan tengok tv kalau ade d rumah. Ada juga dia mengadu sakit kaki, sakit belakang (macam sakit urat) maklumla badan dia kecik, bila pegi sekolah kena galas beg yang berat macam batu. Kelas pulak di tingkat 4, panjat tangga. Mane de sekolah rendah yang guna lif. Saya suruh dia sapu minyak, kadang2 saya urutkan.

Jadi, hari ini saya sudah banyak memahami dia. Sikap dia, degil dia, hati dia, sakit pening dia perangai dia, kegemaran dia, apa yang dia suka makan.....sama macam anak2 yang lain. Kerana tumpuan saya sudah semakin samarata kepada ke tujuh- tujuh anak saya. Dan buat masa ni demi mengganti balik apa yang saya dah terlepas untuk Alang, saya masih berusaha. Kerana saya tahu dia masih belom bagitau semua apa yang ade dalam hati dia dan untuk mengetahui apa yang ade dalam hati dia bukan mudah,, kerana dia pndiam....sama macam abang. Dan untuk mane2 anak pon, kalau mereka disakiti hatinya, atau disakiti tubuh badannya......saya sebagai ibu....sangat2 terasa pilunya.

Itulah Alang. Yang dapat buat saya lebih prihatin tentang hati dan perasaan.....


23 Oktober 2011
11.03am

Monday, October 3, 2011

Tugas belum selesai....

Pagi agak sejuk selepas hujan malam tadi. Hati pun rasa semacam je...ade pilu, ade sayu. Banyak perkara bermain di kepala. Hari ini hari pertama untuk akak menghadapi PMR. Pukul 5 pagi hantar sms kat dia, wish her something, n give her some simple advice. X tau lh boleh membantu ke x, I'm not very gud in words. Xbrape saat terima balasan sms dr akak "OK, Hehehehe"....ooo dh bangun rupanya. Tentu x lena tidor mlm td. Kemudian hantar sms kat angoh, kmaren dia mintak topup. Biasa angoh x mintak topup melainkan duit dia dh abes.....Tanya dia ade duit belanja ke, bila nk balik? Angoh balas sms, "Duit makan ade utk 2,3 ari lg" Ya Allah, ngape x bgtau awal2, patut lah mok ingat kt angoh je....."Ok nnti lpas mok bank-in, mok msj ah. Xpe ayoh doh keja, ada lh duit tu"........sayu rasa hati bila anak2 mampu memahami keadaan ibu n ayah dia...

Melalui jalan semasa hantar acik, alang , kakteh n amir ke sekolah.....menatap satu2 wajah anak2 yang melalui jalan yang sama....hati skali lagi rasa sayu. Anak2.....tetap anak2. Ada kecil yg ke sekolah rendah, ade yg besar ke sekolah menengah sama saja semuanya. Di mana pun mereka, siapa pun mereka, mereka membawa harapan setiap ibu n ayah untuk menjadi manusia yg berguna. Tapi dalam melalui kehidupan yang penuh dugaan hari ini, bila ada yang x mampu bertahan, bila ada yg kadang kala terlalai daripada mengingati pesanan ibu n ayah, bila seketika lupa pada larangan tuhan.....mereka tergelincir juga.....Semuanya boleh berlaku dengan tiba2, semuanya boleh berlaku hanya dengan sekilas pandangan iblis.......dan sepatah bisikan syaitan. Begitu rapuh lagi benteng di hati mereka. Nama pun anak2, mereka masih terlalu muda untuk menghadapai segalanya. Kadang2 kesilapannya yang biasa2 saja, kadang2 kerosakannya yang terjadi seolah x mampu dibaiki lagi.

Hati seorang ibu, tidak dapat merasa kerehatan bila memikirkan hal anak2. Kebimbangan sentiasa bermain di fikiran. Mampukah anak2 ku menangkis segala dugaaan dengan bijak? Mampukan anak2ku memperkuatkan diri untuk melawan segalanya? Mampukah anak2 ku berfikir mana yg baik n mane yg buruk? Mampukah ank2 ku berfikir mane yang betul n mane yang salah? Mampukah anak2 ku ingat kan tuhan semasa dugaan datang merayu2 dalam diri.....mampukah mereka? Ya Allah, x mampu nk dibayangkan kalau mereka lalai walaupun seketika.

Ya Allah aku hambamu yang lemah, aku hambamu yang x punya apa2....tapi Ya Allah aku mohon pada mu, peliharakanlah anak2 ku daripada kelalain yang merosakkan. Bimbinglah mereka di dalam membuat pertimbangan, Peliharalah perjalanan hidup mereka supaya sentiasa berada di dalam keredhaan mu. Kau kurniakan lah kebahagiaan di dalam kehidupan mereka dunia n akhirat. Tiada yang mampu menenangkan aku di hari tua ku, melainkan anak2 yang menjaga kehidupan mereka sesuai dengan kehendak mu. Amin, amin ya robbal alamin............



4 November 2011
8.12 am

Friday, August 12, 2011



13 Ramadhan 2011


Dalam dingin subuh,
hatiku terusik,
kenang nasib diri dinrantauan......
bergema takbir raya,
menitis air mata,
terbayang suasana permai desa.

Rindu hati ini,
ingin ku kembali .....
jumpa ayahbonda dan saudara,
tetapi aku harus,
mencari rezeki,
membela nasib kita bersama....

Hanya kusampaikan doa,
dan kiriman tulus ikhlas,
dari jauh ku pohonkan ampun maaf .....
jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama,
meraikan aidilfitri yang mulia.....

Restu ayah bonda ku harap selalu,
demi anak mu yang kini jauh.......


13 Ramadhan
9.59am

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan 2011




Esok tarikh untuk tengok anak bulan. Insyaallah lusa puasa - 1 Ogos 2011. Tadi Saba bagitau ada orang tempah lagi 50 biji tat nenas, stakat ni dah 400 biji. Hmm.... nampak gayanya sungguh2an pulak buat kuih tahun ni. Mujur jait baju x banyak. Dalam keadaan yang tak berapa stabil sekarang, rasanya buat kuih relak sket. Kalu menjait banyak mungkin rasa stress sket.

Dah...kna buat strategi kuih pulak lah jawabnya. Mula2 kena buat tat dulu. Rasanya malam2 kalu ok, rasa sihat, nak buat kuih, stat sikit2. Siang, pagi2 boleh menjait, badan masih segar lagi. Tengahari stop sekejap, amik anak sekolah. Oohh....... dapat pulak assignment amik n antar anak jiran lama pegi sekolah. Dah orang mintak tolong, ksian pulak. Kalu x tolong, balik sekolah jalan kaki. Nuh jauh nu...sekolah kat Panji Alam, duk kat Mngabang Tengah. Mane lah larat bulan puasa nak jalan kaki. Xpelah ari ni kita tolong orang, bila2 kita nak mintak tolong orang pulak. Kalu orang x mintak tolong, kita pun bukan jenis yang rajin sangat. So, dah orang mintak tolong boleh lah buat pahala sket. Dapat jugak duit minyak....hehehe....

X taulah larat tak nak buat belaka. Semoga Allah bagi keafiatan sepanjang bulan Ramadhan ni. Oh ya ingat nak tambah amalan.....umur dah makin tua. Amal ibadat asyik macam tu jugak. Hmm... kna adjust sket ni. Malam kena buat jugak ikut2 mana pun. Lewat sket buat kuih xpe....tido dalam kul 12 ke. Pas kul 4 bangun sahur. OK ah tu.... Biasa bangun masak pagi sebab nak masak lauk sahur dulu. Hmm...kalu lauk dah ade boleh bangun lewat sket 4.30 ke. Atau bangun kul 4 jugak buat solat sunat dulu sekejap. Makna lauk sahur kena masak petang, masa masak berbuka. Biasa masuk dapur lepas asar, dalam kul 5. Aahh...... masak simple2 je, janji lazat....Tengok ah harap2 dapat buat.

Hish...larat ke nih. Padat je rasa. Xpe tengok dlu macam mane. Cuba buat dulu. Kena buat keja stail relak, xleh buat gaduh2. Minda pun kna bagi relak....jangan fikir yang serabut2, lupakan dulu. Kalu ikut nak serabut, banyak benda nak serabut. Buang tepi dulu untuk sebulan nih. Buat keja satu2, ikut mampu. Pikir pun satu2..... Ya Allah...berilah keafiatan kepadaku, berilah kekuatan kepadaku, mudahkanlah dan ringankanlah bagiku untuk beribadat kepadamu. Ikhlaskan lah amal kuk hanya kerana mu. Berkatilah segala perbuatan ku dengan hadhirnya bulan Ramadhan yang mulia ini. Ya Allah aku mencari kebahagiaan dan ketenangan untuk diri ku dan keluargaku dan aku memohon perkenan mu. Ya Allah perkenankanlah permintaan ku.......amin amin ya Rabbal alamin.....



30 Julai 2011
7.33pm

Tuesday, July 26, 2011

catatan lintasan minda seorang suri.....

9.28am
  • ari redup, nk hujan ke
  • lpas ni kna jait , siapkan kain Mah. Pas buat leher baju afiqah
  • kang nk masak ape...nk kna siap makanan alang n kkteh. Ptg ni fardhu ain
  • minggu ni abang g kelas mandu, praktikal doh ke...teori lg
  • nok tepon che' din ke dok, harap ke abang ye tepon ke dok. tido sokmo
  • hmm ape khabor angoh
  • baju sukan alang n kakteh x basuh lagi, esok nk pakai.
  • pening pala nih....kang ayoh bangun main plok. asyik main je. xdok hal keja lain. sronok ngat idup
  • bangun ke dok ayoh kang amik amir
  • weh makandok sudoh lagi
  • masok menda ari ni hmmm abih menu doh
  • nok wak laksa, kna g bli laksa, malas nk kluor dh
  • aduh....malas nye...kalu lh bleh duk saja
  • kalu ayoh bleh keja d wakaf tapa....elek skek. tp pah ni sibuk smula ah
  • xdok org nk g amik budok2 skloh doh, kna brulang ke skoloh pulok ah.....bulan pose...
  • xpe ah....jait pon x banyok mane...beh gok jupe kawan2
  • harap2 ayoh dapat keja dekat2 ni...klu hok jauh2 susoh ah plok
  • lengoh
  • bosan
  • hmmm.....ayoh, pening2
9.39am

Out dlu....tu lh 12 minit dalam kepala seorang suri...istri....ibu....bru 12 minit...kalu x 60? x 12 (waktu jaga)? tetap bnda2 yang sama berulang2 difikirkan, diuruskan, diambik tau. brenti x brenti bila tutp mata untuk tido.....kalu x tdo....terus je la.