Pages

Monday, December 5, 2011

Dan keajaiban berlaku lagi.....

Tak ku sangka, tak ku duga aku bakal melahirkan lagi. Miracle!! My 7 Miracles akan menjadi 8........Hmm....apa perasaan ku? Tidak begitu pasti. Semuanya agak tiba2 dan x terduga. Tapi rezeki tuhan kuterima dengan hati yang terbuka. Siapa tahu apa hikmah di sebaliknya.....

Pada mulanya, apabila disahkan aku berbadan dua lagi, tidak ku nafikan, fikiran agak bercelaru. Ya Allah dugaan apakah ini. Di saat masalah yang bertimpa2 melalui, mengiringi perjalanan hidup ku (masalah2 kecil) aku seolah diberi satu lagi beban. ( hakikatnya aku tidak pernah menganggap kehadiran seorang anak adalah satu beban, kerana aku sangat bahagia dengan kehadiran setiap seorang lagi anak2 ku). Sedikit demi sedikit aku memujuk hati menenangkan diri dan menerima dengan hati terbuka. Harapan semoga zuriat kali ini menjadi satu keberkatan besar di hujung usia ku. Semoga ade barokah di dalam kelahirannya.

Sehinggalah pada suatu ketika aku telah dijemput untuk satu majlis Cukur Jambul jiran lama ku yang meraikan cucunya. Di dalam majlis itu diadakan tazkirah. Di dalam tazkirah itu dikatakan bahawa seorang ibu itu, setiap kali dia melahirkan, akan terlucut segala dosa2 yang dilakukannya, segalanya akan diampunkan, dan dia akan bersih dari segala doasa ibarat sehelai kain putih tanpa secalit pon dosa. Atas pengorbannannya merasai keperitan sepanjang 9 bulan mengandungkan bayinya, kemudian melahirkan dengan menanggung kesakitan. Ibarat mempertaruhkan nyawa, nyawanya ibarat di hujung rambut. Dan kalau ibu itu mati semasa melahirkan anaknya, ibu itu tergolong di dalam orang2 yang mati syahid. Allahuakbar!! Aku seolah2 baru terjaga dan terpana seketika. Ini lah hikmahnya ya Allah. Inikah yang mahu kau kurniakan kepada hambamu yang banyak kekurangan dan banyak melakukan kesilapan ini. Maha suci Allah, sungguh besar kasih sayang mu ya Allah. Hatiku terlalu sebak, dan aku mula meyakinkan hatiku dengan janji tuhan. Sesungguhnya janji tuhan itu benar!

Sedangkan ungkapan itu telah banyak kali aku dengar sepanjang hidupku. X pernah sekali pun menyerap di hatiku, kerana aku seolah2 tidak yakin bahawa'segala dosa2 akan diampunkan' oleh kerana banyaknya dosa yang aku lakukan sepanjang hidupku.Dan bermula ketika itu aku menanam azam untuk menjaga amalan ku, memperbaiki diri ku agar lebih prihatin tentang apa2 yang aku lakukan agar tidak lagi berbuat sesuatu yang menambah dosaku. Aku yakin inilah tanda kasih sayang Allah pada hambanya. Dan apabila dia mahu mengurniakan sesuatu, hanya orang2 yang terpilih akan menerima kebaikannya. Aku tidak mahu menyia2kan peluang yang satu ini.Di hujung usia ku, aku diberi peluang lagi untuk membersihkan diri dari catatan dosa dan aku akan gunakan sebaik2nya. Walau apa pon dugaan yang perlu aku lalui, walau apa pon beban yang perlu aku tanggung, walaun apa pon usaha yang perlu aku lakukan , insyaallah aku akan lakukannya. Selagi aku diberi kesedaran dan bimbingan dari Nya.....aku akan cuba.

Kini, kandungan ku telah berusia 17mggu(4bln). Hari demi hari dapat ku rasakan, bayi ini semakin membesar. Hari demi hari, ada ketikanya aku sangat keletihan. Memanglah, di usia begini (42thn) aku tidak begitu kuat lagi. Setiap urat saraf ku akan terasa berdenyut2 bila menjelang petang selepas melakukan rutin2 harian. Kadang2 tubuh rasa macam nak demam. Dengan urusan harian yang sedia ada, ditambah dengan rutin temujanji ke klinik untuk kandungan ku, aku rasa x mampu lagi. Perbezaannya sangat terasa, jika dibandingkan keadaan semasa mengandung dahulu (ms muda) dengan sekarang. Tapi aku tahu, segalanya bukan percuma. Demi sebuah lagi kegembiraan, demi satu lagi keajaiban, segalanya xkan sia2.

Kini, dalam melaui hari2 ku, aku mahu sentiasa berfikiran terbuka dan memandang baik semuanya. Sentiasa ingat akan kebesaran Allah dan kasih sayangnya. Sepanjang hidup ku, hingga aku sampai ke tahap ni sudah terlalu banyak aku korbankan hati n perasaan ku. Telah terlalu banyak air mata ku mengalir, setelah berulang kali aku tersungkur dan bangkit semula, insyaallah xkan sekali-kali aku sia2kan walau secubit lagi kehidupan dan peluang yang Allah berikan. Aku mahu menikmati setiap saat dalam kehidupan ku dengan lebih bermakna. Dengan kasih sayang mu ya Allah, dengan bimbingan mu ya Allah.....mudahkanlah bagiku......amin

No comments:

Post a Comment