Hidup penuh kasih sayang.....insyaAllah.

Pages

Saturday, October 22, 2011

Siapa Alang.....

Nama penuh dia Aiman Iskandar B. Mohamad Hatta. anak say yang ke-5. Mengapa saya ingin bercerita pasal dia....

Entahlah....kebelakangan ini dia makin dekat di hati. Kalau difikir2 kan, sejak lahir kewujudannya seolah2 tidak disedari. Ada tapi macam tiada. Mungkin kerana dia mempunyai adik beradik yang ramai, da dia tidak ada banyak perangai semasa kecil....jadi....dia mcm xde. Bukan saja di kalangan adik beradik, tetapi juga bila balik kampung orang jarang memperkatakan tentang dia. Achik sejak kecil memang banyak perangai. Panas baran, suka menangis, mudah buat perangai, pantang x kena di hati. Dalam sibuk2 melayan perangai achik yang x kurang2, Alang pun lahir. Dia sejak lahir kecik je, kurang menangis, x banyak masalah, jarang sakit. Membesarkan dia sangat mudah, macam abang masa kecik. Satu kelebihan dia, dia sangat comel dengan mata bulat, bulu mata lentik dan yang paling penting....rambut dia kerinting, sama mcm akak. Tapi dia lelaki.....dh muka jd mcm perempuan. Orang yang x kenal selalu kata dia perempuan.

Dia pendiam, x de perangai, biasa2 je..jadi x banyak cerita. lpas tu dia baru je nk besar, lahir pulak kakteh. Kakteh ni spesel lah sikit sebab anak perempuan ke-2. Semua orang excited, semua orang suka n seronok sangat. Muka kakteh ni ala2 cina. Sejak kecik putih melepak, cute sangat. Perempuan kan...x manis pon nampak manis. Jadi semua perhatian dah beralih ke kakteh. Alang terus tenggelam. Dan dia terus lah dengan cara dia membesar dengan baik walaupun tanpa perhatian. Kalau dari segi makan n minum pon samalah macam org lain, sikit pun x kurang. Tp dari segi keperluan dia x tidak sama dengan orang lain. Disebabkan dia kecik dan lambat membesar, baju n sluar nya jarang berganti. Yang beli dh 2 tahun pon masih boleh dipakai lagi. Sedangkan achik sekejap2 baju dah ketat, seluar dah ketat. Dengan adik bradik yang ramai, keperluan pon tentulah banyak. Jadi saya perlu sentiasa beli mana yang penting saja. Dalam mempertimbang2kan dan mencongak2 supaya semua nya sentiasa cukup, dia selalu terkeluar dari senarai. Bila saya membeli barang2 atau keprluan yang lain ada ketika dia x dapat apa2 pon. Saya akan cuba jelaskan dengan dia apa dan mengapa. Dia diam je, x penah dia merungut atau mengungkit. Sebagai ganti sy akan belikan sesuatu seperti makanan dan dimakan.....sesuatu yang sama2 boleh dinikmati oleh semua orang.

Masalah dia bermula bila dia masuk sekolah. Dia jadi malas, dan buat perangai kalau nk ke sekolah. Bermula dengan sekolah Pasti, kemudia sekolah rendah. D peringkat awal kalau dia malas, xpelah. Pelajaran semua masih senang. Walaupun dia malas, x buat keja sekolah, susah bangun tido...setiap kali keputusan ujian atau peperiksaan, dia masih boleh kumpul beberapa A dalam matapelajaran tertentu. Dari situ saya tahu dia bukanlah budak yang bodoh. Cuma bila masuk tahap 2 persekolahan (tahun4,5,6 -dia sekarang tahun5) peajarannya makin merosot. Semasa dia tahun 3 saya baru perasan dia rabun...sebab tu dia selalu x tau apa yang cikgu ajar, x tau kerja sekolah yang cikgu bagi. Selepas buat cermin mata dan diletakkan di meja depan sekali dalam kelas, pelajarannya nampak ade sedikit kemajuan, tapi x tahan lama. Saya masih x tahu kenapa.

Dalam masa yang sama di rumah dia dah mula buat perangai, selalu berkelahi dengan achik. Tidak salah dia juga sbb achik pon x melayan dia dgn baik sebagai abang. Selalu je sakit ati ngan alang. Kalu marah selalu je pukul alang, sedangkan masa tu achik tu dah makin gemok dan badan dia besar. Alang tu tetap lah kecik macam tu. Kalu ikut badan, memang x padan alang nk lawan achik, tapi itulah kelebihan dia. Rupanya dia orang yang kuat semangat dan degil jugak. Sebab tu masa kecik dia baik sangat sebab dia sentiasa tau bawa diri. Dia tak kisah tentang apa2 sebab dia ade semangat tersendiri. Masa tu lah jugak saya mula terpikir2 dan mencari sebab mengapa alang jadi degil begitu. Mungkin dia nak dapatkan perhatian. Mungkin dia dah x tahan kerana selalu x diberi perhatian. Dia x puashati. Dia nak orang sayang dia sama macam orang lain. Mungkin dia ingat selama ni orang x sayang dia. Sempatlah juga saya jadi buntu dan agak tertekan dengan sikap dia. Hari2 pon kalau tengok muka dia, geram je.....

Tapi satu ketika saya tau cara saya juga salah. mungkin memang betul saya x memberi kan hak dia yang perlu saya berikan. Saya ingat dia boleh terima begitu.Rupanya saya silap. Selama ini dia x kata apa2 tapi dia simpan dalam hati.....sama macam abang. Sejak itu lah saya mula membuka hati saya dan mencar ruang untuk saya memahami dan mendekati dia. Bila ada masa saya akan memerhati dia dari jauh. bila dia bergurau, n senyum airmukanya lembut, tutur katanya pon x kasar. Bicara nya sangat perlahan hampir saya x dengar kadang2. ada masa saya memerhati air muka dia semasa tidor. Kalau dia tertidor selepas dia berkelahi dengan acik, atau selepas saya pukul @ marah dia. Saya nampak ada sendu di muka dia, bukan dendam. Sejak itu saya pon nampak jiwa dia yang gersang kerana kurangnya perhatian. Saya pon mula buat apa yang patut. Memberi lebih perhatian pada dia, mendenga keluhan dia, membela dia kadang2 kalau dia bergaduh ngan achik. Walaubagaimanapon dalam masa yang sama semuanya saya perlu seimbangkan supaya tidak ade lagi yang perlu rasa terpinggir, saya cuba sedaya saya.

Akhir2 ini dia selalu demam, selsema. Tapi x siapa tahu. Cuma kadang dia bagitahu saya bila dia rasa x larat. Saya akan suruh dia makan ubat, kalau xde saya akan usahakan. Dia akan makan bila dia nak makan. Kadang2 dia x makan pon, tapi dia tetap pergi sekolah. Xpenah dia kata x nak g sekolah kalau sekadar demam(walaupun dia seorang yang malas sekolah). Kalau dia sakit setakat ni, jarang dia merungut. Dia cuma tidor dan tengok tv kalau ade d rumah. Ada juga dia mengadu sakit kaki, sakit belakang (macam sakit urat) maklumla badan dia kecik, bila pegi sekolah kena galas beg yang berat macam batu. Kelas pulak di tingkat 4, panjat tangga. Mane de sekolah rendah yang guna lif. Saya suruh dia sapu minyak, kadang2 saya urutkan.

Jadi, hari ini saya sudah banyak memahami dia. Sikap dia, degil dia, hati dia, sakit pening dia perangai dia, kegemaran dia, apa yang dia suka makan.....sama macam anak2 yang lain. Kerana tumpuan saya sudah semakin samarata kepada ke tujuh- tujuh anak saya. Dan buat masa ni demi mengganti balik apa yang saya dah terlepas untuk Alang, saya masih berusaha. Kerana saya tahu dia masih belom bagitau semua apa yang ade dalam hati dia dan untuk mengetahui apa yang ade dalam hati dia bukan mudah,, kerana dia pndiam....sama macam abang. Dan untuk mane2 anak pon, kalau mereka disakiti hatinya, atau disakiti tubuh badannya......saya sebagai ibu....sangat2 terasa pilunya.

Itulah Alang. Yang dapat buat saya lebih prihatin tentang hati dan perasaan.....


23 Oktober 2011
11.03am

Monday, October 3, 2011

Tugas belum selesai....

Pagi agak sejuk selepas hujan malam tadi. Hati pun rasa semacam je...ade pilu, ade sayu. Banyak perkara bermain di kepala. Hari ini hari pertama untuk akak menghadapi PMR. Pukul 5 pagi hantar sms kat dia, wish her something, n give her some simple advice. X tau lh boleh membantu ke x, I'm not very gud in words. Xbrape saat terima balasan sms dr akak "OK, Hehehehe"....ooo dh bangun rupanya. Tentu x lena tidor mlm td. Kemudian hantar sms kat angoh, kmaren dia mintak topup. Biasa angoh x mintak topup melainkan duit dia dh abes.....Tanya dia ade duit belanja ke, bila nk balik? Angoh balas sms, "Duit makan ade utk 2,3 ari lg" Ya Allah, ngape x bgtau awal2, patut lah mok ingat kt angoh je....."Ok nnti lpas mok bank-in, mok msj ah. Xpe ayoh doh keja, ada lh duit tu"........sayu rasa hati bila anak2 mampu memahami keadaan ibu n ayah dia...

Melalui jalan semasa hantar acik, alang , kakteh n amir ke sekolah.....menatap satu2 wajah anak2 yang melalui jalan yang sama....hati skali lagi rasa sayu. Anak2.....tetap anak2. Ada kecil yg ke sekolah rendah, ade yg besar ke sekolah menengah sama saja semuanya. Di mana pun mereka, siapa pun mereka, mereka membawa harapan setiap ibu n ayah untuk menjadi manusia yg berguna. Tapi dalam melalui kehidupan yang penuh dugaan hari ini, bila ada yang x mampu bertahan, bila ada yg kadang kala terlalai daripada mengingati pesanan ibu n ayah, bila seketika lupa pada larangan tuhan.....mereka tergelincir juga.....Semuanya boleh berlaku dengan tiba2, semuanya boleh berlaku hanya dengan sekilas pandangan iblis.......dan sepatah bisikan syaitan. Begitu rapuh lagi benteng di hati mereka. Nama pun anak2, mereka masih terlalu muda untuk menghadapai segalanya. Kadang2 kesilapannya yang biasa2 saja, kadang2 kerosakannya yang terjadi seolah x mampu dibaiki lagi.

Hati seorang ibu, tidak dapat merasa kerehatan bila memikirkan hal anak2. Kebimbangan sentiasa bermain di fikiran. Mampukah anak2 ku menangkis segala dugaaan dengan bijak? Mampukan anak2ku memperkuatkan diri untuk melawan segalanya? Mampukah anak2 ku berfikir mana yg baik n mane yg buruk? Mampukah ank2 ku berfikir mane yang betul n mane yang salah? Mampukah anak2 ku ingat kan tuhan semasa dugaan datang merayu2 dalam diri.....mampukah mereka? Ya Allah, x mampu nk dibayangkan kalau mereka lalai walaupun seketika.

Ya Allah aku hambamu yang lemah, aku hambamu yang x punya apa2....tapi Ya Allah aku mohon pada mu, peliharakanlah anak2 ku daripada kelalain yang merosakkan. Bimbinglah mereka di dalam membuat pertimbangan, Peliharalah perjalanan hidup mereka supaya sentiasa berada di dalam keredhaan mu. Kau kurniakan lah kebahagiaan di dalam kehidupan mereka dunia n akhirat. Tiada yang mampu menenangkan aku di hari tua ku, melainkan anak2 yang menjaga kehidupan mereka sesuai dengan kehendak mu. Amin, amin ya robbal alamin............



4 November 2011
8.12 am