Pages

Tuesday, July 12, 2011

Alhamdulillah.....

Bangun pagi ni, suasana redup je. Walaupun dalam kepala penuh dengan persoalan yang tak dapat dijawab oleh sesiapa pun, saya masih dapat meneruskan hidup dengan tenang. Sememang nya pun setiap kali sembahyang saya akan berdoa, memohon agar Allah memberi ketenangan, ketabahan, kesabaran n kekuatan pada diri ini. Segala puji bagi Allah kerana telah memperkenankan doa saya. Walau untuk sehari lagi saya mampu hidup dalam ketenangan pun saya bersyukur. Walau untuk sehari sahaja lagi saya dapat melaksanakan sedikit sebanyak tanggungjawab seharian saya sebagai hambaNya, sebagai isteri, sebagai ibu dan sebagai seorang anak pun saya tetap bersyukur. Kalau bukan dengan keizinannya mana mungkin saya dapat menikmati kehidupan ini walau untuk seminit lagi

Saya tau dan saya faham hidup adalah satu anugerah yang Allah bagi kepada kita. Dalam hidup, ada suka, ade duka. Ada pahit ade manis......semua itu dugaan tuhan. Kalau kita mampu melaluinya dengan hati yang terbuka, tanpa keluh kesah, dan sentiasa menyedari hakikat diri kita di sisi tuhan, kita akan bahagia. Tapi, kadang2 saya juga lalai. Dalam melalui dugaan tersebut, ada masa saya kalah. Mengeluh, marah2,bertanya 'apa?' dan 'mengapa?'.....sedangkan pada satu saat lain saya tahu semua jawapan kepada soalan2 saya. Masa tu saya akan merasa lemah dan menyesal kerana telah kalah untuk kesekian kalinya. Kalah pada dugaan tuhan. Ya Allah ampuni lah keluhan ku ini. Ya Allah bantulah hamba mu ini. Sesungguhnya hambamu ini sangat lemah di ketika ini. Sekali lagi saya berdoa,

"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan, berikanlah aku ketabahan, berikanlah aku kesabaran dan berikanlah aku ketenangan. Ampunilah dosa2 ku ya Allah, tetapkanlah kakiku di atas jalan Mu, ikhlaskanlah ibadatku hanya kerana Mu, matikanlah aku dalam agamaMu. Amin, amin ya RabbalA'lamin"

No comments:

Post a Comment